Tuesday, November 9, 2010



Tragedi 25 Sep 2010 menjadi ingatan sepanjang hayat Muhammad Najim Adha, 16 tahun anak penduduk Jalan Ros 2. Didalam suasana ramai dikalangan kita sedang mengunjungi rumah terbuka pada 16 Syawal 1431H, Najim ditimpa musibah apabila terlibat dengan kemalangan motorsikal di Jalan Bkt Sentosa - Rawang. Kemalangan tersebut telah mengakibatkan beliau kehilangan tangan kanan nya. Najim berada 42 hari diwad Hospital Sg Buloh. Pada sabtu 6hb November beliau dibenarkan balik kerumahnya di SRG 2-08 Pangsapuri Sri Ros 2.

Persatuan Penduduk dan seluruh penduduk bersimpati dengan kepayahan dan kesulitan yang ditempuhi oleh Najim (pelajar tingkatan 4 SMK Bkt Sentosa) dan Ibu Bapa beliau sendiri.

Bagi tuan/puan yang prihatin dan ingin menyumbang boleh berbuat demikian kepada En. Che Saad Ismail (Bapa Najim) @ tel : 012-9261783 atau Pn. Norezah Rahmat (Ibu Najim) @ tel : 017-3590382.

Sunday, October 31, 2010

GOTONG ROYONG MEMINDAHKAN PONDOK KAWALAN MASUK KE JALAN ROS 2


Ahad 31hb Oktober 2010, lebih 30 orang penduduk telah terpanggil untuk sama sama bergotong royong memindahkan pondok kawalan ketempat yang lebih sesuai. Proses mengangkat pondok 10' X 10' telah membuktikan "team work" dan koordinasi yang baik dikalangan penduduk. Ini membanggakan kita kerana pondok yang bertiang batu dan berbumbung telah dapat dialihkan ke jarak 50 kaki dari tempat asal. Terima kasih kepada penduduk penduduk yang mengorbankan masa cuti hujung minggu untuk gotong royong ini. PPR2 merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk penggunaan Lori, penggunaan peralatan-peralatan, sumbangan minuman/kuih dan air minuman botol.

Thursday, March 18, 2010

PEMBAIKAN BUMBUNG PANGSAPURI ROS 2

12hb Mac 2010, Jumaat 3.15 petang, Satu perjumpaan telah dianjurkan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri di Pejabat ICU cawangan Rawang. Perjumpaan tersebut yang dihadiri oleh Kontraktor-Kontraktor, MHDS dan wakil penduduk pangsapuri berkenaan menerangkan bentuk perlaksanaan yang disarankan oleh ICU agar pembaikan bumbung dapat disiap sempurna mengikut jadual. Kontraktor yang akan membuat kerja-kerja pembaikan adalah seperti berikut:
Blok A,B,C = Kuang Teguh (M) Sdn Bhd (tempuh kerja 16 minggu)
Blok D,E,F = HBM Network (M) Sdn Bhd (tempuh kerja 22 minggu)
Blok G,H,J = Bina Warisan Enterprise (tempuh kerja 24 minggu)

Tarikh milik tapak untuk kesemua blok adalah pada 19hb Mach 2010.