Thursday, March 18, 2010

PEMBAIKAN BUMBUNG PANGSAPURI ROS 2

12hb Mac 2010, Jumaat 3.15 petang, Satu perjumpaan telah dianjurkan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri di Pejabat ICU cawangan Rawang. Perjumpaan tersebut yang dihadiri oleh Kontraktor-Kontraktor, MHDS dan wakil penduduk pangsapuri berkenaan menerangkan bentuk perlaksanaan yang disarankan oleh ICU agar pembaikan bumbung dapat disiap sempurna mengikut jadual. Kontraktor yang akan membuat kerja-kerja pembaikan adalah seperti berikut:
Blok A,B,C = Kuang Teguh (M) Sdn Bhd (tempuh kerja 16 minggu)
Blok D,E,F = HBM Network (M) Sdn Bhd (tempuh kerja 22 minggu)
Blok G,H,J = Bina Warisan Enterprise (tempuh kerja 24 minggu)

Tarikh milik tapak untuk kesemua blok adalah pada 19hb Mach 2010.

Saturday, December 19, 2009

Taklimat dan Penerangan Penubuhuan RELA diJalan Ros 2

Sabtu, 12 Disember 2009, beberapa orang pegawai dari Unit RELA Sg Buaya telah dijemput untuk memberi penerangan dan penubuhan unit RELA diJalan Ros 2. Penerangan dan taklimat tersebut telah menarik minat lebih 40 orang Warga Ros 2 untuk menyertai unit RELA dan pada hari tersebut 26 permohonan keahlian telah diterima oleh Unit RELA untuk diproses. InsyaAllah dengan kewujudan unit RELA diJalan Ros 2 akan dapat membantu pihak PDRM, Imigresen dan JAIS didalam menghadapi gejala-gejala sosial dan keselamatan penduduk dan hartabenda Perumahan Jalan Ros 2.

Friday, June 26, 2009

DEMI MINAT DAN SUKAN, TAMAN PERMAINAN KANAK KANAK JADI TEMPAT BERMAIN BOLASEPAK.


Begini lah keadaannya apabila taman permainan kanak-kanak dijadikan padang bermain bola sepak oleh Remaja Ros 2. Dengan keadaan padang yang sempit dan kecil mereka yang berminat untuk bersukan terpaksa menggunakan taman ini. PPR2 pada bulan April 2009 telah pada kali keduanya memohon secara bertluis kepada MDHS agar padang bolasepak berhadapan Surau Ros 2 diperbaiki dengan menggali dan mengeluarkan batu batu yang besar dan keras, tetapi tiada jawapan sehingga kini.

Thursday, May 28, 2009

KEJADIAN PECAH RUMAH di awal pagi 28 Mei 2009

Jiran kita diJalan Ros 1 melapurkan kejadian pecah rumah telah berlaku disana dan beberapa buah rumah telah pun dimasuki beberapa bulan yang lepas. Kini pencuri-pencuri mengalih sasaran mereka diJalan Ros 2 pula. Pagi tadi didalam keasyikan peminat bola sepak menonton Barcelona menundukkan Manchester United 2-0, Pencuri-pencuri tersebut telah berjaya menundukkan 2 mangsa (jiran kita diRos 2) dengan mengambil tunai, barang kemas dan handphone sehingga mereka berjaya masuk kebilik tidur tanpa disedari mangsa. Menurut mangsa kecurian lagi, mereka memasuki melalui pintu grill di Sliding door yang mudah diumpil. Lapuran Polis telah dibuat oleh kedua-dua mangsa hari ini juga.
Sebelum kejadian ini, beberapa orang warga asing pernah disamun semasa melalui jalan pintas dari taman ke kawasan pesisiran Kilang Perodua menuju keperhentian bas yang berhampiran. Dilapurkan juga penyamun-penyamun bermotosikal ini akan menahan warga asing yang keseorangan berjalan sambil mengacu pisau untuk merampas tunai dan handphone dari warga asing tersebut.

Sunday, May 17, 2009

SESI PENERANGAN dan SOAL JAWAB bersama PDRM




17hb Mei, selepas Asar diPerkarangan Surau satu sesi penerangan dan dialog diadakan yang melibatkan pegawai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah KKB. Pegawai tersebut adalah ASP Zaldino (Ketua Bahagian kenteraman Awam dan Trafik Daerah) Inspektor Hamsani (Hal Ehwal Awam) dan Inspektor Chong (Cawangan Narkotik). Manakala wakil dari Balai Polis Bukit Sentosa ialah Sarjan Rosli. Pihak polis menyarankan agar penduduk sentiasa cuba mendampingi Polis Bukit Sentosa supaya ianya dapat sama-sama membantu penduduk dan polis didalam menyelesaikan masaalah keselamatan harta benda dan penduduk dengan lebih cepat dan berkesan. Sesi yang melebihi dua jam ini dapat membantu kefahaman penduduk mengenai peranan dan tanggungjawab polis didalam menjalankan tugas. Bagi memudahkan penduduk menangani isu berkaitan keselamatan , pegawai IPD telah memaklumkan talian-talian untuk dihubungi antaranya : 03-60642257 / 60641152 / 60641221 / 60641223 dan 60644157.

Friday, May 1, 2009

Bolasepak Bawah 12 tahun, Ros 2 tewas sengit




1hb mei 2009, Pasukan bolasepak bawah 12 tahun Ros 2 tewas 1-0 semasa sepakan penalti kepada pasukan Ros 1 setelah masa sepenuh berkesudahan seri 2-2. Sepakan penalti itu telah dijaringkan oleh Shakir setelah Raes gagal menangkap kemas rembatan kencang tersebut.


Sebelum itu Ros 1 telah menjaringkan gol awal melalui Syazwan kemudian Daniel dari Ros 2 menanduk untuk kedudukan 1-1. Nirzwan telah menjadikan Ros 2 mendahului 2-1 hasil kekalutan dipintu gol Ros 1. Striker utama Ros 1 kemudian menyamakan kedudukan melalui first timer deras. Pasukan Ros 2 dilihat asyik bertahan dari serangan bertali arus Ros 1. Penjaga Gol Ros 2 bekerja keras berbanding dengan penjaga gol dari pasukan lawan yang nampak bersenang sahaja.


Pemain-pemain bawah 12 tahun Ros 2 terdiri dari Daniel , Haran(C), Nirzwan, Raid, Raes (GK), Hizahar, Kamarul, Praveen manakala pemain-pemain bawah 12 tahun Ros 1 diwakili oleh Ikhwan(GK) , Shakir, Syazwan, Amin, Alimin, Akmal, Coco.


Wednesday, April 29, 2009

Adam Mustaqim dikunjungi YB Mohd Isa

















Adam Mustaqim bin Ahmad Johar, 18 tahun yang telah menjalani pembedahan buah pinggang yang kini dalam rawatan di rumah diblok SRD Jalan Ros 2 telah menerima kunjungan YB Mohd Isa Abu Kassim, ADUN Btg Kali pada pagi 27hb April 2009. Yb Isa bersama isteri, Sdr Bain SU Kerja YB, Pn Mimi Sharif AJK Wanita Bahagian Hulu Selangor dan beberapa pegawai dari Pejabat DUN adalah didalam siri lawatan ke rumah penduduk-penduduk yang ditimpa penyakit kronik dan ibu ibu yang baru bersalin disekitar Bkt Sentosa.