Wednesday, April 29, 2009

Adam Mustaqim dikunjungi YB Mohd Isa

















Adam Mustaqim bin Ahmad Johar, 18 tahun yang telah menjalani pembedahan buah pinggang yang kini dalam rawatan di rumah diblok SRD Jalan Ros 2 telah menerima kunjungan YB Mohd Isa Abu Kassim, ADUN Btg Kali pada pagi 27hb April 2009. Yb Isa bersama isteri, Sdr Bain SU Kerja YB, Pn Mimi Sharif AJK Wanita Bahagian Hulu Selangor dan beberapa pegawai dari Pejabat DUN adalah didalam siri lawatan ke rumah penduduk-penduduk yang ditimpa penyakit kronik dan ibu ibu yang baru bersalin disekitar Bkt Sentosa.

Tuesday, April 28, 2009

YB Iskandar melawat Ros 2















Dalam sesingkat masa yang ada disebelah petang ahad 26 April 2009 ,YB Ir Iskandar A. Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor telah membuat tinjauan beberapa lokasi diRos 2. Antara yang ditinjau beliau adalah Ladang Ternakan Rusa sebelum bersolat asar diSurau AlFirdaus Jln Ros 1. Turut serta ialah Tuan Tukiman Nail YDP MDHS, En Mohd Yusof Abdul Rahman ahli majlis mesyuarat MDHS, En Shaiful Anuar Sulaiman, Pegawai Khas Dun Btg Kali. YB kemudian nya dibawa ke Blok SRD Jalan Ros 2 untuk melihat sendiri keadaan bumbung rumah pangsa yang rosak.

Tuesday, April 21, 2009

SESI DIALOG YDP MDHS BERSAMA PENDUDUK

Satu sesi dialog bersama YDP Majlis Daerah Hulu Selangor Tuan Tukiman Nail, telah diadakan pada hari Ahad 1hb Mac 2009. Program tersebut diadakan selepas Isyak dan didalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, program tersebut telah dihadiri oleh sebahagian penduduk Jalan Ros 2 dan sebilangan penduduk dari Jalan Ros 1.
Persatuan Penduduk menyatakan juga terdapat beberapa aduan dan permasaalahan yang dimajukan kepada MDHS melalui surat-surat, emel dan panggilan telefon telah tidak diberi sebarang jawapan balas. Antara persoalan dan isu yang dikemukakan semasa dialog tersebut adalah:

1) Permasaalahan lampu awam jalan didalam kawasan perumahan. YDP menyatakan bahawa pemaju berhutang sebanyak hampir RM 1 juta kepada TNB. Rundingan yang melibatkan kerajaan negeri dengan TNB akan diadakan bagi mengelakkan kegelapan dijalan jalan sekitar Bkt Beruntung/Bkt Sentosa.
2) Keadaan jalan masuk yang rosak akibat kerja-kerja pembinaan dibahu jalan terutama dipersimpang jalan E9 Perodua.
3) Memohon kekerapan pihak berkenaan untuk penyemburan asap pencegahan pembiakan aedes.Pihak MDHS dengan Kementerian Kesihatan akan melakukan semburan dan kekerapan nya bergantung kepada kes-kes yang dilapurkan.
4) Pembersihan longkang yang dipenuhi oleh rumput dan tanah yang menyekat laluan air dalam longkang tersebut. YDP memberitahu bahawa pihaknya akan cuba membuat pemeriksaan terhadap longkang yang tersumbat dan sebagainya.
5) Status bumbung rumah pangsa yang rosak sekian lama yang masih belum diambil tindakan pembaikan. Menurut YDP, sebanyak 3 blok rumahpangsa di perumahan Cempaka didalam kawasan bandar Bukit Sentosa telah dibaiki sebelum PRU 2008 dan masih ada lagi 69 blok diseluruh bukit Beruntung dan Bukit Sentosa yang masih tertangguh pembaikan bumbungnya sehingga kini. Kajian sedang dilakukan oleh pihak yang berkenaan dan dianggarkan kos pembaikan menghampiri RM 10 Juta.
6) Taman permainan kanak-kanak yang serba kekurangan dan tidak dikendalikan sejak tahun 2000.
7) Kadar caj senggaraan rumah pangsa yang berbeza mengikut lokasi. YDP menyatakan kadar ditentukan mengikut saiz keluasan unit kediaman tersebut.
8) Memohon padang bola sepak ditapak tanah lapang berhadapan Surau Ros 2. YDP menjawab permohonan perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan/Penyelarasan Daerah.

Sesi Dialog tersebut berakhir pada pukul 11.00 malam.



Saturday, April 18, 2009

SUKANEKA PERUMAHAN ROS 2

Pada 22hb Mach 2009 yang lalu, Persatuan Penduduk Perumahan Ros 2 (PPR2) telah menganjurkan Sukaneka dipadang bola jaring SRB. Lebih 60 keluarga menyertai sukaneka yang telah bermula seawal 7.30 pagi hari ahad tersebut. Program bermula dengan pemberian early birds gifts untuk kanak kanak yang sampai awal. Hanya 30 budak lelaki dan 30 budak perempuan yang awal datang mendapat hadiah tersebut. Penyertaan penduduk dan keluarga telah diundi mengikut rumah. Acara bermula dengan merebut gula-gula untuk kanak-kanak yang berumur bawah 4 tahun. Bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 8 tahun, acara mereka bermula dengan meniup belon sehingga pecah. Acara terakhir yang dijalankan ialah acara tarik tali yang melibatkan 7 peserta dari setiap rumah. Lebih dari 30 hampers dan dan 200 hadiah-hadiah telah disampaikan kepada peserta cabutan bertuah dan peserta acara sukaneka sebelum sukaneka Ros 2 ditamatkan pada pukul 3.00 petang. Bagi memastikan kemeriahan sukaneka, setiap penyertaan kanak kanak akan menerima hadiah walaupun gagal dalam acara tersebut.