Tuesday, April 21, 2009

SESI DIALOG YDP MDHS BERSAMA PENDUDUK

Satu sesi dialog bersama YDP Majlis Daerah Hulu Selangor Tuan Tukiman Nail, telah diadakan pada hari Ahad 1hb Mac 2009. Program tersebut diadakan selepas Isyak dan didalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, program tersebut telah dihadiri oleh sebahagian penduduk Jalan Ros 2 dan sebilangan penduduk dari Jalan Ros 1.
Persatuan Penduduk menyatakan juga terdapat beberapa aduan dan permasaalahan yang dimajukan kepada MDHS melalui surat-surat, emel dan panggilan telefon telah tidak diberi sebarang jawapan balas. Antara persoalan dan isu yang dikemukakan semasa dialog tersebut adalah:

1) Permasaalahan lampu awam jalan didalam kawasan perumahan. YDP menyatakan bahawa pemaju berhutang sebanyak hampir RM 1 juta kepada TNB. Rundingan yang melibatkan kerajaan negeri dengan TNB akan diadakan bagi mengelakkan kegelapan dijalan jalan sekitar Bkt Beruntung/Bkt Sentosa.
2) Keadaan jalan masuk yang rosak akibat kerja-kerja pembinaan dibahu jalan terutama dipersimpang jalan E9 Perodua.
3) Memohon kekerapan pihak berkenaan untuk penyemburan asap pencegahan pembiakan aedes.Pihak MDHS dengan Kementerian Kesihatan akan melakukan semburan dan kekerapan nya bergantung kepada kes-kes yang dilapurkan.
4) Pembersihan longkang yang dipenuhi oleh rumput dan tanah yang menyekat laluan air dalam longkang tersebut. YDP memberitahu bahawa pihaknya akan cuba membuat pemeriksaan terhadap longkang yang tersumbat dan sebagainya.
5) Status bumbung rumah pangsa yang rosak sekian lama yang masih belum diambil tindakan pembaikan. Menurut YDP, sebanyak 3 blok rumahpangsa di perumahan Cempaka didalam kawasan bandar Bukit Sentosa telah dibaiki sebelum PRU 2008 dan masih ada lagi 69 blok diseluruh bukit Beruntung dan Bukit Sentosa yang masih tertangguh pembaikan bumbungnya sehingga kini. Kajian sedang dilakukan oleh pihak yang berkenaan dan dianggarkan kos pembaikan menghampiri RM 10 Juta.
6) Taman permainan kanak-kanak yang serba kekurangan dan tidak dikendalikan sejak tahun 2000.
7) Kadar caj senggaraan rumah pangsa yang berbeza mengikut lokasi. YDP menyatakan kadar ditentukan mengikut saiz keluasan unit kediaman tersebut.
8) Memohon padang bola sepak ditapak tanah lapang berhadapan Surau Ros 2. YDP menjawab permohonan perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan/Penyelarasan Daerah.

Sesi Dialog tersebut berakhir pada pukul 11.00 malam.



No comments:

Post a Comment