Tuesday, November 9, 2010
Tragedi 25 Sep 2010 menjadi ingatan sepanjang hayat Muhammad Najim Adha, 16 tahun anak penduduk Jalan Ros 2. Didalam suasana ramai dikalangan kita sedang mengunjungi rumah terbuka pada 16 Syawal 1431H, Najim ditimpa musibah apabila terlibat dengan kemalangan motorsikal di Jalan Bkt Sentosa - Rawang. Kemalangan tersebut telah mengakibatkan beliau kehilangan tangan kanan nya. Najim berada 42 hari diwad Hospital Sg Buloh. Pada sabtu 6hb November beliau dibenarkan balik kerumahnya di SRG 2-08 Pangsapuri Sri Ros 2.
Persatuan Penduduk dan seluruh penduduk bersimpati dengan kepayahan dan kesulitan yang ditempuhi oleh Najim (pelajar tingkatan 4 SMK Bkt Sentosa) dan Ibu Bapa beliau sendiri.
Bagi tuan/puan yang prihatin dan ingin menyumbang boleh berbuat demikian kepada En. Che Saad Ismail (Bapa Najim) @ tel : 012-9261783 atau Pn. Norezah Rahmat (Ibu Najim) @ tel : 017-3590382.
Sunday, October 31, 2010
GOTONG ROYONG MEMINDAHKAN PONDOK KAWALAN MASUK KE JALAN ROS 2
Ahad 31hb Oktober 2010, lebih 30 orang penduduk telah terpanggil untuk sama sama bergotong royong memindahkan pondok kawalan ketempat yang lebih sesuai. Proses mengangkat pondok 10' X 10' telah membuktikan "team work" dan koordinasi yang baik dikalangan penduduk. Ini membanggakan kita kerana pondok yang bertiang batu dan berbumbung telah dapat dialihkan ke jarak 50 kaki dari tempat asal. Terima kasih kepada penduduk penduduk yang mengorbankan masa cuti hujung minggu untuk gotong royong ini. PPR2 merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk penggunaan Lori, penggunaan peralatan-peralatan, sumbangan minuman/kuih dan air minuman botol.
Thursday, March 18, 2010
PEMBAIKAN BUMBUNG PANGSAPURI ROS 2
12hb Mac 2010, Jumaat 3.15 petang, Satu perjumpaan telah dianjurkan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri di Pejabat ICU cawangan Rawang. Perjumpaan tersebut yang dihadiri oleh Kontraktor-Kontraktor, MHDS dan wakil penduduk pangsapuri berkenaan menerangkan bentuk perlaksanaan yang disarankan oleh ICU agar pembaikan bumbung dapat disiap sempurna mengikut jadual. Kontraktor yang akan membuat kerja-kerja pembaikan adalah seperti berikut:
Blok A,B,C = Kuang Teguh (M) Sdn Bhd (tempuh kerja 16 minggu)
Blok D,E,F = HBM Network (M) Sdn Bhd (tempuh kerja 22 minggu)
Blok G,H,J = Bina Warisan Enterprise (tempuh kerja 24 minggu)
Tarikh milik tapak untuk kesemua blok adalah pada 19hb Mach 2010.
Blok A,B,C = Kuang Teguh (M) Sdn Bhd (tempuh kerja 16 minggu)
Blok D,E,F = HBM Network (M) Sdn Bhd (tempuh kerja 22 minggu)
Blok G,H,J = Bina Warisan Enterprise (tempuh kerja 24 minggu)
Tarikh milik tapak untuk kesemua blok adalah pada 19hb Mach 2010.
Saturday, December 19, 2009
Taklimat dan Penerangan Penubuhuan RELA diJalan Ros 2
Sabtu, 12 Disember 2009, beberapa orang pegawai dari Unit RELA Sg Buaya telah dijemput untuk memberi penerangan dan penubuhan unit RELA diJalan Ros 2. Penerangan dan taklimat tersebut telah menarik minat lebih 40 orang Warga Ros 2 untuk menyertai unit RELA dan pada hari tersebut 26 permohonan keahlian telah diterima oleh Unit RELA untuk diproses. InsyaAllah dengan kewujudan unit RELA diJalan Ros 2 akan dapat membantu pihak PDRM, Imigresen dan JAIS didalam menghadapi gejala-gejala sosial dan keselamatan penduduk dan hartabenda Perumahan Jalan Ros 2.
Friday, June 26, 2009
DEMI MINAT DAN SUKAN, TAMAN PERMAINAN KANAK KANAK JADI TEMPAT BERMAIN BOLASEPAK.
Begini lah keadaannya apabila taman permainan kanak-kanak dijadikan padang bermain bola sepak oleh Remaja Ros 2. Dengan keadaan padang yang sempit dan kecil mereka yang berminat untuk bersukan terpaksa menggunakan taman ini. PPR2 pada bulan April 2009 telah pada kali keduanya memohon secara bertluis kepada MDHS agar padang bolasepak berhadapan Surau Ros 2 diperbaiki dengan menggali dan mengeluarkan batu batu yang besar dan keras, tetapi tiada jawapan sehingga kini.
Thursday, May 28, 2009
KEJADIAN PECAH RUMAH di awal pagi 28 Mei 2009
Jiran kita diJalan Ros 1 melapurkan kejadian pecah rumah telah berlaku disana dan beberapa buah rumah telah pun dimasuki beberapa bulan yang lepas. Kini pencuri-pencuri mengalih sasaran mereka diJalan Ros 2 pula. Pagi tadi didalam keasyikan peminat bola sepak menonton Barcelona menundukkan Manchester United 2-0, Pencuri-pencuri tersebut telah berjaya menundukkan 2 mangsa (jiran kita diRos 2) dengan mengambil tunai, barang kemas dan handphone sehingga mereka berjaya masuk kebilik tidur tanpa disedari mangsa. Menurut mangsa kecurian lagi, mereka memasuki melalui pintu grill di Sliding door yang mudah diumpil. Lapuran Polis telah dibuat oleh kedua-dua mangsa hari ini juga.
Sebelum kejadian ini, beberapa orang warga asing pernah disamun semasa melalui jalan pintas dari taman ke kawasan pesisiran Kilang Perodua menuju keperhentian bas yang berhampiran. Dilapurkan juga penyamun-penyamun bermotosikal ini akan menahan warga asing yang keseorangan berjalan sambil mengacu pisau untuk merampas tunai dan handphone dari warga asing tersebut.
Sebelum kejadian ini, beberapa orang warga asing pernah disamun semasa melalui jalan pintas dari taman ke kawasan pesisiran Kilang Perodua menuju keperhentian bas yang berhampiran. Dilapurkan juga penyamun-penyamun bermotosikal ini akan menahan warga asing yang keseorangan berjalan sambil mengacu pisau untuk merampas tunai dan handphone dari warga asing tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)