Thursday, May 28, 2009

KEJADIAN PECAH RUMAH di awal pagi 28 Mei 2009

Jiran kita diJalan Ros 1 melapurkan kejadian pecah rumah telah berlaku disana dan beberapa buah rumah telah pun dimasuki beberapa bulan yang lepas. Kini pencuri-pencuri mengalih sasaran mereka diJalan Ros 2 pula. Pagi tadi didalam keasyikan peminat bola sepak menonton Barcelona menundukkan Manchester United 2-0, Pencuri-pencuri tersebut telah berjaya menundukkan 2 mangsa (jiran kita diRos 2) dengan mengambil tunai, barang kemas dan handphone sehingga mereka berjaya masuk kebilik tidur tanpa disedari mangsa. Menurut mangsa kecurian lagi, mereka memasuki melalui pintu grill di Sliding door yang mudah diumpil. Lapuran Polis telah dibuat oleh kedua-dua mangsa hari ini juga.
Sebelum kejadian ini, beberapa orang warga asing pernah disamun semasa melalui jalan pintas dari taman ke kawasan pesisiran Kilang Perodua menuju keperhentian bas yang berhampiran. Dilapurkan juga penyamun-penyamun bermotosikal ini akan menahan warga asing yang keseorangan berjalan sambil mengacu pisau untuk merampas tunai dan handphone dari warga asing tersebut.

2 comments:

  1. Teruskan beri info semasa,dan bantu Masid As-Salam promosi program Masjid bersama NGO An-Nisa dalam Fiesta Feminin pada Ahad 4 Julai 2009.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, InsyaAllah dengan sokongan dan makluman dari sahabat-sahabat.

    ReplyDelete